سورة عبس

‘Abasa

Surah 80 · 42 ayat · Makkiyah
⬇ Muat turun

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰ

Ia memasamkan muka dan berpaling

2
أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَىٰ

Kerana ia didatangi orang buta

3
وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّىٰ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad) ? Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran ugama yang didapatinya daripadamu)

4
أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَىٰ

Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya

5
أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَىٰ

Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran)

6
فَأَنْتَ لَهُ تَصَدَّىٰ

Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya

7
وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّىٰ

Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya)

8
وَأَمَّا مَنْ جَاءَكَ يَسْعَىٰ

Adapun orang yang segera datang kepadamu

9
وَهُوَ يَخْشَىٰ

Dengan perasaan takutnya (melanggar perintah-perintah Allah)

10
فَأَنْتَ عَنْهُ تَلَهَّىٰ

Maka engkau berlengah-lengah melayaninya

11
كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ

Janganlah melakukan lagi yang sedemikian itu! Sebenarnya ayat-ayat Al-Quran adalah pengajaran dan peringatan (yang mencukupi)

12
فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ

Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil peringatan daripadanya

13
فِي صُحُفٍ مُكَرَّمَةٍ

(Ayat-ayat Suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan

14
مَرْفُوعَةٍ مُطَهَّرَةٍ

Yang tinggi darjatnya, lagi suci (dari segala gangguan)

15
بِأَيْدِي سَفَرَةٍ

(Terpelihara) di tangan malaikat-malaikat yang menyalinnya dari Lauh Mahfuz

16
كِرَامٍ بَرَرَةٍ

(Malaikat-malaikat) yang mulia, lagi yang berbakti

17
قُتِلَ الْإِنْسَانُ مَا أَكْفَرَهُ

Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya

18
مِنْ أَيِّ شَيْءٍ خَلَقَهُ

(Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah

19
مِنْ نُطْفَةٍ خَلَقَهُ فَقَدَّرَهُ

Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawab

20
ثُمَّ السَّبِيلَ يَسَّرَهُ

Kemudian jalan (baik dan jahat), dimudahkan Tuhan kepadanya (untuk menimbang dan mengambil mana satu yang ia pilih)

21
ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ

Kemudian dimatikannya, lalu diperintahkan supaya ia dikuburkan

22
ثُمَّ إِذَا شَاءَ أَنْشَرَهُ

Kemudian apabila Allah kehendaki dibangkitkannya (hidup semula)

23
كَلَّا لَمَّا يَقْضِ مَا أَمَرَهُ

Janganlah hendaknya ia kufur ingkar lagi! Sebenarnya ia belum menunaikan apa yang diperintahkan kepadanya

24
فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ إِلَىٰ طَعَامِهِ

(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya)

25
أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا

Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan

26
ثُمَّ شَقَقْنَا الْأَرْضَ شَقًّا

Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan

27
فَأَنْبَتْنَا فِيهَا حَبًّا

Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian

28
وَعِنَبًا وَقَضْبًا

Dan buah anggur serta sayur-sayuran

29
وَزَيْتُونًا وَنَخْلًا

Dan Zaitun serta pohon-pohon kurma

30
وَحَدَائِقَ غُلْبًا

Dan taman-taman yang menghijau subur

31
وَفَاكِهَةً وَأَبًّا

Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput

32
مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ

Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu

33
فَإِذَا جَاءَتِ الصَّاخَّةُ

Kemudian (ingatlah keadaan yang berlaku) apabila datang suara jeritan yang dahsyat

34
يَوْمَ يَفِرُّ الْمَرْءُ مِنْ أَخِيهِ

Pada hari seseorang itu lari dari saudaranya

35
وَأُمِّهِ وَأَبِيهِ

Dan ibunya serta bapanya

36
وَصَاحِبَتِهِ وَبَنِيهِ

Dan isterinya serta anak-anaknya

37
لِكُلِّ امْرِئٍ مِنْهُمْ يَوْمَئِذٍ شَأْنٌ يُغْنِيهِ

Kerana tiap-tiap seorang dari mereka pada hari itu, ada perkara-perkara yang cukup untuk menjadikannya sibuk dengan hal dirinya sahaja

38
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ مُسْفِرَةٌ

Muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri

39
ضَاحِكَةٌ مُسْتَبْشِرَةٌ

Tertawa, lagi bersuka ria

40
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ عَلَيْهَا غَبَرَةٌ

Dan muka (orang-orang yang ingkar) pada hari itu penuh berdebu

41
تَرْهَقُهَا قَتَرَةٌ

Diliputi oleh warna hitam legam dan gelap-gelita

42
أُولَٰئِكَ هُمُ الْكَفَرَةُ الْفَجَرَةُ

Mereka itu ialah orang-orang yang kafir, yang derhaka