Wan naazi 'aati gharqa
Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Wan naazi 'aati gharqa
Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya
Wan naa shi taati nashta
Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya
Wass saabi-haati sabha
Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya
Fass saabi qaati sabqa
Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya
Fal mu dab-bi raati amra
Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)
Yawma tarjufur raajifa
Pada masa berlakunya "tiupan sangkakala yang pertama" yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan)
Tatba'u har raadifa
Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing)
Quloobuny-yau maaiziw-waaji-fa
Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut
Absaa ruhaa khashi'ah
Pemandangannya tunduk gerun
Ya qoo loona a-inna lamar doo doona fil haafirah
Mereka (yang ingkar) berkata: "Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu
Aizaa kunna 'izaa man-nakhirah
Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput
Qaalu tilka izan karratun khaasirah
Mereka berkata lagi (secara mengejek: "Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan
Fa inna ma hiya zajratuw-waahida
(Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua)
Faizaa hum biss saahirah
Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata
Hal ataaka hadeethu Musaa
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa
Iz nadaahu rabbuhu bil waadil-muqad dasi tuwa
Ketika ia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci
Izhab ilaa fir'auna innahu taghaa
(Lalu diperintahkan kepadanya): "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya)
Faqul hal laka ilaa-an tazakka
Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)
Wa ahdi yaka ila rabbika fatakh sha
Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)
Fa araahul-aayatal kubra
(Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya, dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: mukjizat yang besar
Fa kazzaba wa asaa
Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah)
Thumma adbara yas'aa
Kemudian ia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa)
Fa hashara fanada
Lalu ia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru
Faqala ana rabbu kumul-a'laa
Dengan berkata: "Akulah tuhan kamu, yang tertinggi
Fa-akha zahul laahu nakalal aakhirati wal-oola
Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya
Inna fee zaalika la'ibratal limaiy-yaksha
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya)
A-antum a shaddu khalqan amis samaa-u banaaha
(Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)
Raf'a sam kaha fasaw waaha
Ia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya
Wa aghtasha lailaha wa akhraja duhaaha
Dan Ia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang
Wal arda b'ada zaalika dahaaha
Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya)
Akhraja minha maa-aha wa mar 'aaha
Ia mengeluarkan dari bumi itu: airnya dan tumbuh-tumbuhannya
Wal jibala arsaaha
Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya)
Mataa'al lakum wali an 'aamikum
(Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu
Fa-izaa jaaa'atit taaam matul kubraa
Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar
Yauma Yata zakkarul insaanu ma sa'aa
Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya
Wa burrizatil-jaheemu limany-yaraa
Dan neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya
Fa ammaa man taghaa
Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya)
Wa aasaral hayaatad dunyaa
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata
Fa innal jaheema hiyal maawaa
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya
Wa ammaa man khaafa maqaama Rabbihee wa nahan nafsa 'anil hawaa
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu
Fa innal jannata hiyal maawaa
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya
Yas'aloonaka 'anis saa'ati ayyaana mursaahaa
Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya
Feema anta min zikraahaa
Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu
Ilaa Rabbika muntahaa haa
Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya
Innamaaa anta munziru maiy yakshaahaa
Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu
Ka annahum Yawma yarawnahaa lam yalbasooo illaa 'ashiyyatan aw duhaahaa
(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja