سورة الغاشية

Al-Ghasyiyah

Surah 88 · 26 ayat · Makkiyah
⬇ Muat turun

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ

Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi

2
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ

Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina

3
عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ

Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah

4
تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً

Mereka tetap menderita bakaran neraka yang amat panas (membakar)

5
تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ

Mereka diberi minum dari matair yang menggelegak panasnya

6
لَيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِنْ ضَرِيعٍ

Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri

7
لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِنْ جُوعٍ

Yang tidak menggemokkan, dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun

8
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاعِمَةٌ

(Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri

9
لِسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ

Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia)

10
فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ

(Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya)

11
لَا تَسْمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً

Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia

12
فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ

Di dalam Syurga itu ada matair yang mengalir

13
فِيهَا سُرُرٌ مَرْفُوعَةٌ

Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya)

14
وَأَكْوَابٌ مَوْضُوعَةٌ

Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka)

15
وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ

Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar)

16
وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ

Serta hamparan-hamparan yang terbentang

17
أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan

18
وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ

Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya

19
وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ

Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan

20
وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ

Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan

21
فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan

22
لَسْتَ عَلَيْهِمْ بِمُصَيْطِرٍ

Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu)

23
إِلَّا مَنْ تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ

Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar

24
فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ الْعَذَابَ الْأَكْبَرَ

Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya

25
إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ

Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka

26
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُمْ

Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka