سورة الانفطار

Al-Infitar

Surah 82 · 19 ayat · Makkiyah
⬇ Muat turun

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1
إِذَا السَّمَاءُ انْفَطَرَتْ

Apabila langit terbelah

2
وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انْتَثَرَتْ

Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan

3
وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ

Dan apabila lautan pecah bercampur-baur

4
وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ

Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan

5
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ

(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan ditinggalkannya

6
يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ

Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu yang Maha Pemurah

7
الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ

Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan (binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya

8
فِي أَيِّ صُورَةٍ مَا شَاءَ رَكَّبَكَ

Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu

9
كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ

Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan

10
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ

Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu

11
كِرَامًا كَاتِبِينَ

(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu)

12
يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ

Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan

13
إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ

(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh nikmat

14
وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ

Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang

15
يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ الدِّينِ

Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan

16
وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَائِبِينَ

Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya

17
وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu

18
ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ

Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu

19
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِنَفْسٍ شَيْئًا ۖ وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِلَّهِ

(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah