سورة القيامة

Al-Qiyamah

Surah 75 · 40 ayat · Makkiyah
⬇ Muat turun

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1
لَا أُقْسِمُ بِيَوْمِ الْقِيَامَةِ

Aku bersumpah dengan Hari Kiamat

2
وَلَا أُقْسِمُ بِالنَّفْسِ اللَّوَّامَةِ

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)

3
أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَلَّنْ نَجْمَعَ عِظَامَهُ

Patutkah manusia (yang kafir) menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)

4
بَلَىٰ قَادِرِينَ عَلَىٰ أَنْ نُسَوِّيَ بَنَانَهُ

Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain)

5
بَلْ يُرِيدُ الْإِنْسَانُ لِيَفْجُرَ أَمَامَهُ

(Kebenaran itu bukan tidak ada buktinya), bahkan manusia (yang ingkar) sentiasa suka hendak meneruskan perbuatan kufur dan maksiat (di sepanjang hayatnya, sehingga ia tidak mengakui adanya hari kiamat)

6
يَسْأَلُ أَيَّانَ يَوْمُ الْقِيَامَةِ

Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu

7
فَإِذَا بَرِقَ الْبَصَرُ

Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut)

8
وَخَسَفَ الْقَمَرُ

Dan bulan hilang cahayanya

9
وَجُمِعَ الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ

Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama

10
يَقُولُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ أَيْنَ الْمَفَرُّ

(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri

11
كَلَّا لَا وَزَرَ

Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan

12
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمُسْتَقَرُّ

Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara

13
يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ

Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan

14
بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ

Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri

15
وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ

Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri)

16
لَا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ

Janganlah engkau (wahai Muhammad) - Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu)

17
إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ

Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu)

18
فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ

Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu

19
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ

Kemudian, sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan)

20
كَلَّا بَلْ تُحِبُّونَ الْعَاجِلَةَ

Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (Kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya

21
وَتَذَرُونَ الْآخِرَةَ

Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya)

22
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاضِرَةٌ

Pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri

23
إِلَىٰ رَبِّهَا نَاظِرَةٌ

Melihat kepada Tuhannya

24
وَوُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ بَاسِرَةٌ

Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh

25
تَظُنُّ أَنْ يُفْعَلَ بِهَا فَاقِرَةٌ

Sambil percaya dengan yakin bahawa mereka akan ditimpa malapetaka (azab seksa) yang membinasakan

26
كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ

Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong

27
وَقِيلَ مَنْ ۜ رَاقٍ

Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)

28
وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ

Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan

29
وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ

Serta kedahsyatan bertindih-tindih

30
إِلَىٰ رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ

(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan)

31
فَلَا صَدَّقَ وَلَا صَلَّىٰ

(Oleh sebab orang yang kufur ingkar tidak percayakan hari akhirat) maka ia tidak mengakui kebenaran (yang diwajibkan meyakininya) dan ia tidak mengerjakan sembahyang (yang difardhukan mengerjakannya)

32
وَلَٰكِنْ كَذَّبَ وَتَوَلَّىٰ

Akan tetapi ia mendustakan, dan berpaling ingkar

33
ثُمَّ ذَهَبَ إِلَىٰ أَهْلِهِ يَتَمَطَّىٰ

Kemudian ia pergi kepada keluarganya dengan berlagak sombong megah

34
أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ

(Wahai orang yang kufur ingkar!) sudahlah dekat kepadamu kebinasaanmu, sudahlah dekat

35
ثُمَّ أَوْلَىٰ لَكَ فَأَوْلَىٰ

Kemudian api nerakalah lebih layak bagimu, lebih layak

36
أَيَحْسَبُ الْإِنْسَانُ أَنْ يُتْرَكَ سُدًى

Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)

37
أَلَمْ يَكُ نُطْفَةً مِنْ مَنِيٍّ يُمْنَىٰ

Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)

38
ثُمَّ كَانَ عَلَقَةً فَخَلَقَ فَسَوَّىٰ

Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)

39
فَجَعَلَ مِنْهُ الزَّوْجَيْنِ الذَّكَرَ وَالْأُنْثَىٰ

Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis - lelaki dan perempuan

40
أَلَيْسَ ذَٰلِكَ بِقَادِرٍ عَلَىٰ أَنْ يُحْيِيَ الْمَوْتَىٰ

Adakah (Tuhan yang menjadikan semuanya) itu - tidak berkuasa menghidupkan orang-orang yang mati? (Tentulah berkuasa)