Taa-Seeen-Meeem
Taa, Siin, Miim
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Taa-Seeen-Meeem
Taa, Siin, Miim
Tilka Aayaatul Kitaabil Mubeen
Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata
La'allaka baakhi'un nafsaka allaa yakoonoo mu'mineen
Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman
In nashaa nunazzil 'alaihim minas samaaa'i Aayatan fazallat a'naaquhum lahaa khaadi'een
Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya
Wa maa yaateehim min zikrim minar Rahmaani muhdasin illaa kaanoo 'anhu mu'rideen
Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya
Faqad kazzaboo fasa yaateehim ambaaa'u maa kaanoo bihee yastahzi'oon
Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu
Awa lam yaraw ilal ardi kam ambatnaa feehaa min kulli zawjin kareem
Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat
Inn fee zaalika la Aayah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen
Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman
Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
Wa iz naadaa Rabbuka Moosaaa ani'-til qawmaz zaalimeen
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim
Qawma Fir'awn; alaa yattaqoon
Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu
Qaala Rabbi inneee akhaafu ai yukazziboon
Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku
Wa yadeequ sadree wa laa yantaliqu lisaanee fa arsil ilaa Haaroon
Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya ia membantuku)
Wa lahum 'alaiya zambun fa akhaafu ai yaqtuloon
Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku
Qaala kallaa fazhabaa bi Aayaatinaaa innaa ma'akum mustami'oon
Allah berfirman: "Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar
Faatiyaa Fir'awna faqoolaaa innaa Rasoolu Rabbil 'aalameen
Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam
An arsil ma'anaa Baneee Israaa'eel
Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami
Qaala alam nurabbika feenaa waleedanw wa labista feenaa min 'umurika sineen
Firaun menjawab: "Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu
Wa fa'alta fa'latakal latee fa'alta wa anta minal kaafireen
Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi
Qaala fa'altuhaaa izanw wa ana minad daaaleen
Nabi Musa berkata: "Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk
Fafarartu minkum lam maa khiftukum fawahaba lee Rabbee hukmanw wa ja'alanee minal mursaleen
Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya
Wa tilka ni'matun tamun nuhaa 'alaiya an 'abbatta Baneee Israaa'eel
Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil
Qaala Fir'awnu wa maa Rabbul 'aalameen
Firaun berkata (dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu
Qaala Rabbus samaawaati wal ardi wa maa bainahumaa in kuntum mooqineen
Nabi Musa menjawab. "Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya
Qaala liman hawlahooo alaa tastami'oon
Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)
Qaala Rabbukum wa Rabbu aabaaa'ikumul awwaleen
Nabi Musa menegaskan lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu
Qaala inna Rasoolakumul lazee ursila ilaikum lamajnoon
Firaun berkata (kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila
Qaala Rabbul mashriqi wal maghribi wa maa baina humaa in kuntum ta'qiloon
Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: "Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahamiNya
Qaala la'init takhazta ilaahan ghairee la aj'alannaka minal masjooneen
Firaun berkata: "Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan
Qaala awalw ji'tuka bishai'im mubeen
Nabi Musa menjawab: "Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata
Qaala faati biheee in kunta minas saadiqeen
Firaun berkata: "Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar
Fa alqaa 'asaahu fa izaaa hiya su'baanum mubeen
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata
Wa naza'a yadahoo faizaa hiya baidaaa'u linnaa zireen
Dan ia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya
Qaala lilmala-i hawlahooo inna haazaa lasaahirun 'aleem
Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir
Yureedu ai yukhrijakum min ardikum bisihrihee famaazaa taamuroon
Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan
Qaalooo arjih wa akhaahu wab'as filmadaaa'ini haashireen
Mereka berkata: "Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir)
Yaatooka bikulli sah haarin 'aleem
Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir
Fa jumi'as saharatu limeeqaati Yawmim ma'loom
Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum
Wa qeela linnaasi hal antum mujtami'oon
Dan dikatakan kepada orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya
La'allanaa nattabi'us saharata in kaanoo humul ghaalibeen
Semoga kita (tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang
Falammaa jaaa'as saharatu qaaloo li Fir'awna a'inna lanaa la ajjran in kunnaa nahnul ghaalibeen
Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang
Qaala na'am wa innakum izal laminal muqarrabeen
Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku
Qaala lahum Moosaaa alqoo maaa antum mulqoon
Nabi Musa berkata kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan
Fa alqaw hibaalahum wa 'isiyyahum wa qaaloo bi'izzati Fir'awna innaa lanahnul ghaaliboon
Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang
Fa alqaa Moosaa 'asaahu fa izaa hiya talqafu maa yaafikoon
Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka)
Fa ulqiyas saharatu saajideen
Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud
Qaalooo aamannaa bi Rabbil 'aalameen
Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam
Rabbi Moosaa wa Haaroon
Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun
Qaala aamantum lahoo qabla an aazana lakum innahoo lakabeerukumul lazee 'alla makumus sihra falasawfa ta'lamoon; la uqatti'anna aidiyakum wa arjulakum min khilaafinw wa la usallibanna kum ajma'een
Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya
Qaaloo la daira innaaa ilaa Rabbinaa munqalliboon
Mereka menjawab: "(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami
Innaa natma'u ai yaghfira lanaa Rabbunna khataa yaanaaa an kunnaaa awwalal mu'mineen
Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)
Wa awhainaaa ilaa Moosaaa an asri bi'ibaadeee innakum muttaba'oon
(Allah berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya)
Fa arsala Fir'awnu filmadaaa'ini haashireen
(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya)
Inna haaa'ulaaa'i lashir zimatun qaleeloon
(Sambil berkata kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil
Wa innahum lanaa laghaaa'izoon
Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah
Wa innaa lajamee'un haaziroon
Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga
Fa akhrajnaahum min Jannaatinw wa 'uyoon
Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan matair
Wa kunoozinw wa ma qaamin kareem
Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia
Kazaalika wa awrasnaahaa Baneee Israaa'eel
Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka
Fa atba'oohum mushriqeen
Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit
Falammaa taraaa'al jam'aani qaala as haabu Moosaaa innaa lamudrakoon
Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: "Sesungguhnya kita akan dapat ditawan
Qaala kallaaa inna ma'iya Rabbee sa yahdeen
Nabi Musa menjawab: "Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan menunjuk jalan kepadaku
Fa awhainaaa ilaa Moosaaa anidrib bi'asaakal bahra fanfalaqa fakaana kullu firqin kattawdil 'azeem
Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar
Wa azlafnaa sammal aakhareen
Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ
Wa anjainaa Moosaa wa mam ma'ahooo ajma'een
Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya
Summa aghraqnal aakhareen
Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya)
Inna fee zaalika la Aayaah; wa maa kaana aksaru hu mu'mineen
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman
Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
Watlu 'alaihim naba-a Ibraaheem
Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim
Iz qaala li abeehi wa qawmihee maa ta'budoon
Ketika ia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah
Qaaloo na'budu asnaaman fanazallu lahaa 'aakifeen
Mereka menjawab: "Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya
Qaala hal yasma'oona kum iz tad'oon
Nabi Ibrahim bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya
Aw yanfa'oonakum aw yadurroon
Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya
Qaaloo bal wajadnaaa aabaaa 'anaa kazaalika yaf'aloon
Mereka menjawab: "(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian
Qaala afara 'aitum maa kuntum ta'budoon
Nabi Ibrahim berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu
Antum wa aabaaa'ukumul aqdamoon
(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu
Fa innahum 'aduwwwul leee illaa Rabbal 'aalameen
(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam
Allazee khalaqanee fa Huwa yahdeen
Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku
Wallazee Huwa yut'imunee wa yasqeen
Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum
Wa izaa mardtu fahuwa yashfeen
Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku
Wallazee yumeetunee summa yuhyeen
Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku
Wallazeee atma'u ai yaghfira lee khateee' atee Yawmad Deen
Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat
Rabbi hab lee hukmanw wa alhiqnee bis saaliheen
Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh
Waj'al lee lisaana sidqin fil aakhireen
Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian
Waj'alnee minw warasati Jannnatin Na'eem
Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim
Waghfir li abeee innahoo kaana mind daalleen
Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat
Wa laa tukhzinee Yawma yub'asoon
Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula
Yawma laa yanfa'u maalunw wa laa banoon
Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun
Illaa man atal laaha biqalbin saleem
Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)
Wa uzlifatil Jannatu lilmuttaqeen
Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa
Wa burrizatil Jaheemu lilghaaween
Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat
Wa qeela lahum aina maa kuntum ta'budoon
Serta dikatakan kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu
Min doonil laahi hal yansuroonakum aw yantasiroon
Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri
Fakubkiboo feehaa hum walghaawoon
Lalu mereka dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, - mereka dan orang-orang yang sesat bersama
Wa junoodu Ibleesa ajma'oon
Termasuk juga bala tentera iblis semuanya
Qaaloo wa hum feehaa yakkhtasimoon
Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka
Tallaahi in kunnaa lafee dalaalim mubeen
Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata
Iz nusawweekum bi Rabbil 'aalameen
Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam
Wa maaa adallanaaa illal mujrimoon
Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa
Famaa lanaa min shaa fi'een
Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan
Wa laa sadeeqin hameem
Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa
Falaw anna lanaa karratan fanakoona minal mu'mineen
Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman
Inna fee zaalika la Aayatanw wa maa kaana aksaruhum mu'mineen
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman
Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani
Kazzabat qawmu Noohinil Mursaleen
(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)
Iz qaala lahum akhoohum Noohun alaa tattaqoon
Ketika saudara mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya
Innee lakum Rasoolun ameen
Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu
Fattaqullaaha wa atee'oon
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku
Wa maaa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen
Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam
Fattaqul laaha wa atee'oon
Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku
Qaalooo anu'minu laka wattaba 'akal arzaloon
Mereka menjawab: "Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)
Qaala wa maa 'ilmee bimaa kaanoo ya'maloon
Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka
In hisaabuhum illaa 'alaa Rabbee law tash'uroon
Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian)
Wa maaa ana bitaaridil mu'mineen
Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku)
In ana illaa nazeerum mubeen
Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak kira hina mulia)
Qaaloo la'il lam tantahi yaa Noohu latakoonanna minal marjoomeen
Mereka (mengugut dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam
Qaala Rabbi inna qawmee kazzaboon
Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku
Faftab bainee wa bai nahum fat hanw wa najjinee wa mam ma'iya minal mu'mineen
Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku
Fa anjainaahu wa mamma'ahoo fil fulkil mashhoon
Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk)
Summa aghraqnaa ba'dul baaqeen
Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera)
Inna fee zaalika la Aayaah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen
Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman
Wa inna Rabbaka la huwal 'Azeezur Raheem
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
Kazzabat 'Aadunil mursaleen
(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)
Iz qaala lahum akhoohum Hoodun alaa tattaqoon
Ketika saudara mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya
Innee lakum Rasoolun ameen
Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu
Fattaqullaaha wa atee'oon
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku
Wa maa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen
Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam
Atabnoona bikulli ree'in aayatan ta'basoon
Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik
Wa tattakhizoona masaani'a la'allakum takhludoon
Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya
Wa izaa batashtum batashtum jabbaareen
Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis
Fattaqul laaha wa atee'oon
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku
Wattaqul lazeee amad dakum bimaa ta'lamoon
Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya
Amaddakum bi an'aa minw wa baneen
Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai)
Wa jannaatinw wa 'uyoon
Dan taman-taman (yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir)
Innee akhaafu 'alaikum 'azaaba Yawmin 'azeem
Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya)
Qaaloo sawaaa'un 'alainaaa awa 'azta am lam takum minal waa'izeen
Mereka menjawab: "Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran
In haazaaa illaa khuluqul awwaleen
Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala
Wa maa nahnu bimu 'azzabeen
Dan kami pula tidak akan diseksa
Fakazzaboohu fa ahlaknaahum; inna fee zaalika la aayah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen
Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman
Wa inna Rabbaka la huwal 'Azeezur Raheem
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
Kazzabat Samoodul mursaleen
(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)
Iz qaala lahum akhoohum Saalihun alaa tattaqoon
Ketika saudara mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya
Innee lakum Rasoolun ameen
Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu
Fattaqul laaha wa atee'oon
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku
Wa maaa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen
Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam
Atutrakoona fee maa haahunnaaa aamineen
Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini
Fee jannaatinw wa 'uyoon
Di dalam taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir)
Wa zuroo inw wa nakhlin tal 'uhaa hadeem
Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut
Wa tanhitoona minal jibaali buyootan faariheen
Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan bersungguh-sungguh
Fattaqul laaha wa atee'oon
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku
Wa laa tutee'ooo amral musrifeen
Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas
Allazeena yufsidoona fil ardi wa laa yuslihoon
Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan
Qaalooo innamaa anta minal musahhareen
Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir
Maaa anta illaa basharum mislunaa faati bi Aayatin in kunta minas saadiqeen
Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar
Qaala haazihee naaqatul lahaa shirbunw w alakum shirbu yawmim ma'loom
Nabi Soleh berkata: "Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu
Wa laa tamassoohaa bisooo'in fa yaakhuzakum 'azaabu Yawmin 'Azeem
Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya)
Fa'aqaroohaa fa asbahoo naadimeen
Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana)
Fa akhazahumul 'azaab; inna fee zaalika la Aayah; wa maa kaana aksaruhum m'mineen
Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman
Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
kazzabat qawmu Lootinil mursaleen
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)
Iz qaala lahum akhoohum Lootun alaa tattaqoon
Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya
Innee lakum rasoolun ameen
Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu
Fattaqul laaha wa atee'oon
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku
Wa maaa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen
Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam
Ataatoonaz zukraana minal 'aalameen
Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia
Wa tazaroona maa khalaqa lakum Rabbukum min azwaajikum; bal antum qawmun 'aadoon
Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)
Qaloo la'il lam tantahi yaa Lootu latakoonanna minal mukhrajeen
Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar
Qaala innee li'amalikum minal qaaleen
Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu
Rabbi najjjinee wa ahlee mimmmaa ya'maloon
(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu
Fanajjainaahu wa ahlahooo ajma'een
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
Illaa 'ajoozan filghaabireen
Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu
Summa dammarnal aa khareen
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut)
Wa amtarnaa 'alaihim mataran fasaaa'a matarul munzareen
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran
Inna fee zaalika la Aayah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman
Wa inna Rabbaka la Huwal 'Azeezur Raheem
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
Kazzaba As haabul Aykatil mursaleen
(Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka)
Iz qaala lahum Shu'aybun alaa tattaqoon
Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya
Innee lakum Rasoolun ameen
Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu
Fattaqul laaha wa atee'oon
Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku
Wa maaa as'alukum 'alaihi min ajrin in ajriya illaa 'alaa Rabbil 'aalameen
Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam
Awful kaila wa laa takoonoo minal mukhsireen
Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain
Wa zinoo bilqistaasil mustaqeem
Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya
Wa laa tabkhasun naasa ashyaaa 'ahum wa laa ta'saw fil ardi mufsideen
Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi
Wattaqul lazee khalaqakum waljibillatal awwaleen
Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu
Qaalooo innamaa anta minal musahhareen
Mereka menjawab: "Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir
Wa maaa anta illaa basharum mislunaa wa innazunnuka laminal kaazibeen
Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta
Fa asqit 'alainaa kisafam minas samaaa'i in kunta minas saadiqeen
Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar
Qaala Rabbeee a'lamu bimaa ta'maloon
Nabi Syuaib berkata: "Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan
Fakazzaboohu fa akhazahum 'azaabu Yawmiz zullah; innahoo kaana 'azaaba Yawmin 'Azeem
Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar - (huru-haranya)
Inna fee zaalika la Aayah; wa maa kaana aksaruhum mu'mineen
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman
Wa inna Rabbaka la huwal 'Azeezur Raheem
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
Wa innahoo latanzeelu Rabbil 'aalameen
Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam
Nazala bihir Roohul Ameen
Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah
Alaa qalbika litakoona minal munzireen
Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia)
Bilisaanin 'Arabiyyim mubeen
(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata
Wa innahoo lafee Zuburil awwaleen
Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah lalu
Awalam yakul lahum Aayatan ai ya'lamahoo 'ulamaaa'u Baneee Israaa'eel
(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu
Wa law nazzalnaahu 'alaa ba'dil a'jameen
Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab
Faqara ahoo 'alaihim maa kaanoo bihee mu'mineen
Kemudian ia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan
Kazaalika salaknaahu fee quloobil mujrimeen
Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa - tidak percayakan Al-Quran
Laa yu'minoona bihee hattaa yarawul 'azaabal aleem
Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya
Fayaatiyahum baghtatanw wa hum laa yash'uroon
Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya
Fa yaqooloo hal nahnu munzaroon
Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi tempoh
Aafabi 'azaabinaa yasta'jiloon
(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami
Aara'aita im matta'naahum sineen
Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun
Summa jaaa'ahum maa kaanoo yoo'adoon
Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka
Maaa aghnaaa 'anhum maa kaanoo yumaatoo'oon
(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan
Wa maaa ahlaknaa min qaryatin illaa lahaa munziroon
Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran
Zikraa wa maa kunnaa zaalimeen
Memperingatkan mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim
Wa maa tanazzalat bihish Shayaateen
Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan
Wa maa yambaghee lahum wa maa yastatee'oon
Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya
Innahum 'anis sam'i lama'zooloon
Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat
Falaa tad'u ma'al laahi ilaahan aakhara fatakoona minal mu'azzabeen
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa
Wa anzir 'asheeratakal aqrabeen
Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat
Wakhfid janaahaka limanit taba 'aka minal mu'mineen
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman
Fa in asawka faqul innee bareee'um mimmmaa ta'maloon
Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan
Wa tawakkal alal 'Azeezir Raheem
Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani
Allazee yaraaka heena taqoom
Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang)
Wa taqallubaka fis saajideen
Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud
Innahoo Huwas Samee'ul 'Aleem
Sesungguhnya Dia lah jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui
Hal unabbi'ukum 'alaa man tanazzalush Shayaateen
Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun
Tanazzalu 'alaa kulli affaakin aseem
Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa
Yulqoonas sam'a wa aksaruhum aaziboon
Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta
Washshu 'araaa'u yattabi 'uhumul ghaawoon
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala
Alam tara annahum fee kulli waadiny yaheemoon
Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)
Wa annahum yaqooloona ma laa yaf'aloon
Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya
Illal lazeena aamanoo w a'amilus saalihaati wa zakarul laaha kaseeranw wantasaroo mim ba'di maa zulimoo; wa saya'lamul lazeena zalamooo aiya munqalbiny yanqaliboon
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali