سورة الهمزة

Al-Humazah

Surah 104 · 9 ayat · Makkiyah
⬇ Muat turun

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

1
وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji

2
الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya

3
يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)

4
كَلَّا ۖ لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah

5
وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu

6
نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya)

7
الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ

Yang naik menjulang ke hati

8
إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka

9
فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang